My Daily work

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Macam biasa lah, kita di dunia ini sentiasa bekerja bagi menyara diri dan keluarga yang tercinta.
Hari ini saya akan berkongsi serba sedikit tentang dunia kerja saya :p



                                                  All About ICT

Di hari²³ mendatang, orang sekeliling selalu berhadapan dengan dunia ICT yang sangat berkembang pesat di setiap saat dan detik. Ramai orang ingin maju kehadapan dan bergerak seiringan bersama teknologi (selagi termampu), tetapi ada segelintir manusia atau sesetengah manusia ini tidak faham bagaimana kah ICT sendiri. Di sini saya kongsikan, kisah suka duka hidup dunia ICT.




yang akhir tu => masih nak ambik bidang IT? 
kata nya.... sebenarnya tak rugi sesiapa yang ambik bidang IT nie, sebab bidang nya sangat meluas dan boleh di katakan berhari² saya menggunakan skill dan ilmu yang ada untuk menyiapkan segala pekerjaan. Tetapi adakalahnya akan menjadi lebih remeh apabila ada orang yang selalu memandang serong terhadap kerjaya kami, dan tidak cuba untuk fahaminya.... Ramai yang kata kami ini makan gaji buta, kerjanya mengadap komputer siang malam, dan mcm Zombie dah.. kesian kan, tetapi nak buat macam mana, dah mulut manusia ini kita tidak dapat menututpnya...apa yang boleh buat pekak kan telinga dan teruskan berdoa agar mereka terima hidayah untuk berubah...hahaahah...Tetapi ada masa nya orang seperti saya/kami ini menjadi tempat rujuk bagi mereka yang memerlukan walaupun jawatan kecil tapi kadang-kadang terasa gah nya..hahaaha


                                 we came, we saw, we learn, we share, we use, to ours future

Kenapa Juruteknik Komputer ada masanya perlu menjadi seperti Cikgu IT?


Komputer untuk sesetengah orang adalah sesuatu yang amat rumit dan kompleks. Tolak tepi soal membaiki dan kerja-kerja penyelenggaraan, cara menggunakan komputer sahaja sudah memeningkan kepala kebanyakan pengguna yang jarang menggunakannya.

Untuk itu, orang-orang IT seperti individu yang menjawat sebagai Juruteknik Komputer seringkali menjadi tempat rujukan dan penyelesai masalah jika berlaku sebarang masalah berkaitan komputer. Ada kalanya masalah itu bukanlah masalah besar yang memerlukan penyelesaian pakar. Namun, ia tetap boleh mendatangkan panik kepada pengguna yang canggung menggunakan peralatan ICT.
Atas sebab ini, pada kebanyakan masa staf IT seperti Juruteknik Komputer, telah bertindak seperti seorang guru yang mengajar pengguna melakukan tugas-tugas pada komputer dengan cara yang betul. Walaupun hal ini nampak kecil, bagi jangka masa panjang, ia dapat memanfaatkan kedua-dua belah pihak. Selain dapat menyampaikan ilmu kepada pengguna, beban kerja staf-staf IT dapat dikurangkan apabila pengguna sudah tahu serba sedikit tentang permasalahan remeh yang dihadapi.
Masalah-masalah remeh yang timbul ini bukanlah atas salah mana-mana pihak pun. Ia berlaku kerana sifat azali komputer itu yang sememangnya rumit. Komputer seperti apa yang kita perolehi sekarang ini telah pun mengalami perubahan besar-besaran, baik dari segi teknologi mahupun kumpulan sasar para penggunanya. Para pembangun perkakasan dan perisian komputer sejak beberapa dekad kebelakangan ini cuba menjadikan komputer lebih mesra pengguna.
Usaha ini pernah dilakukan oleh Microsoft melalui percubaan-percubaan yang gagal seperti Windows 8 dan yang terbaru, sistem operasi Windows 10. Tetapi, bila mana pihak pengeluar cuba menjadikan komputer lebih mesra pengguna, ia secara tidak langsung telah mencetuskan kemarahan dikalangan pengguna mahir kerana ia telah mengakibatkan potensi keseluruhan sistem komputer berkenaan telah disekat. Manakan tidak, komputer jenis yang sama ini disasarkan kepada dua kumpulan pengguna berlainanan, golongan makcik-makcik dan juga golongan SuperNerd Level 67. Ia kelihatan sungguh tidak masuk akal, namun itulah yang sedang berlaku di dalam pasaran ICT sekarang ini.
Apa yang boleh dilakukan oleh kita sebagai kakitangan IT adalah mempermudahkan pengguna menggunakan komputer untuk membantu menyelesaikan tugasan-tugasan. Lagipun, bukan semua orang suka mengambil kesempatan terhadap staf-staf IT terutamanya yang dikalangan Juruteknik Komputer. Ada ramai lagi pengguna yang benar-benar ikhlas ingin meminta pertolongan.
Jika anda mendapati ada sesetengah pengguna yang memang sengaja mengambil kesempatan untuk mengenakan, mungkin anda boleh cuba mengenakan bayaran-bayaran tambahan tertentu atas khidmat-khidmat teknikal IT yang pengguna tersebut ‘perlukan’. <<<<<--- credit to blogger anakaskarpencen... sebab bertungkus lumus menaip luahan rasa hati yg sekian lama terbuku...hahhaha
tapi bagi saya, untuk mengenakan bayaran itu... ikutlah keadaan..kalau masalahnya tidak makan masa berhari²³ dan berjam jam tercongok  mengadap.. lebih baik kita halalkan aja...kalau dah lebih 24 jam tu... baik ada cas..sebab dah curah semua keringat untuk menyiapkan tugasan hakiki..hahaahah
okay see yaa
                     

0 comments:

Post a Comment

You Came from

cookieless tracking

Archive

------------|M y F o l l o w e r s|----------------

Powered by Blogger.

Useful link