Destinasi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Destinasi ke satu destinasi pasti amat mencabar bagi setiap manusia yang menempuhinya. Bila kita menceritakan destinasi ini, saya lebih cenderung berkongsikan destinasi menaiki bus express... pasti ada yang tahu kisah suka duka cerita ini... Pada mula-nya memang tak plan pun nak keluar dari melaka untuk berjalan jalan makan angin sambil cuci mata ke pantai timur. lepas tu terlintas di fikiran, ha ah dah lama lah aku tak gie jenguk member member kat sana... apa kata gie wat kerja gila dulu..hahaha.. dan tak semena menanya terus lah pergi ke kaunter tiket bus alor gajah, untuk beli tiket..tapi malang nya....jam dah menunjukkan pukul 10.00 malam... alamak!! dah tutup ke...saje buat buat lupa...hahaaa... dengan duka citanya terus merempit balik ke rumah.... fikir punya fikir...haaaa...online kan ada..beli tiket online....semuanya di hujung jari....okay start bukak lappy & terus type maralinier...
okay done selesai beli tiket...dengan harapan..esok bangun pagi..terus ambik tiket kat kaunter mara di alor gajah... keesokkannya(hari nie lah)
jam menunjukkan 7.00 pagi... berjalan dengan muka yg pisat dan selamba...berlegar legar dalam sentral alor gajah sambil menunggu kaunter buka...mana la orang kaunter nie...tak bukak lagi nie...tunggu lagi...dari pukul 7.00 - 8.30 pagi.... haizzz..nie orang nak kerja ker tak nak kerja nie..hahaha...dalam hati dah start resah...takot tak dpt tiket...sekali.... kedengaran org membuka pintu kaunter...
dengan pantasnya terus keluarkan hanset nak tunjukkan code claim di caunter....tapi bagi lah pakcik tu rilex dulu...tak turun lagi makanan dalam perut..hahaha..
"me"-pakcik saya nak ambek tiket..
"old man"- tiket? online ek?..
"me"- ya pakcik..
"oldman"- okay kejap..meh sini code nya..tiket online nie kengkadang masalah jugak...
"me"- kenapa?
"oldman"- sebabnya sistem selalu jem, tu yg bagi masalah kat kami nie...ada yg bertindan tiket la...pastu kalau sistem offline.. memang tak boleh nak print.. awk kena print sendiri kalau mcm tu..
"me"- kalau hardcopy nya takde(tiket kertas), tapi ada softcopy(resit rasmi tiket)..boleh naik tak?
"oldman"-tak boleh..sebab kalau driver tak kasi naik sebab takder tiket kertas...
"me"- erk.... okay...takper pakcik print kan trus tiket saya...
"oldman"- nie pakcik printkan yg pergi aja tau...yg balik awk kena ambik dekat sana nanti...

moral of the story - len kali jangan wat kerja gila..hahahhahahah.... kang tak memasal pulak duit burn gitu aja...
but apa yang saya nak timbulkan adalah... when u make the service to claim ticket at your counter, sepose to be make it work...
terang dekat laman web tu dia kata kena claim dekat kaunter... boleh pulak main pas kena gie kaunter sana ambek tiket balik....haiyaa...that is annoying maa...
tapi orang kata selagi boleh berunding...kita runding damai..kalau takder rundingan...jawap nya..aduan, report polis, dan naik mahkamah lah....to me....kalau dekat anda saya tak tahu lah anda nak buat mcm mana....hahaha...but selepas berjaya menaikki bus ke kuantan - terengganu...alhamdulillah...tak sabar rasa hati nak sampai....hahahahaha baru naik dah rasa teruja..hahaaha...
okay lah..

see yaa

My Daily work

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Macam biasa lah, kita di dunia ini sentiasa bekerja bagi menyara diri dan keluarga yang tercinta.
Hari ini saya akan berkongsi serba sedikit tentang dunia kerja saya :p



                                                  All About ICT

Di hari²³ mendatang, orang sekeliling selalu berhadapan dengan dunia ICT yang sangat berkembang pesat di setiap saat dan detik. Ramai orang ingin maju kehadapan dan bergerak seiringan bersama teknologi (selagi termampu), tetapi ada segelintir manusia atau sesetengah manusia ini tidak faham bagaimana kah ICT sendiri. Di sini saya kongsikan, kisah suka duka hidup dunia ICT.




yang akhir tu => masih nak ambik bidang IT? 
kata nya.... sebenarnya tak rugi sesiapa yang ambik bidang IT nie, sebab bidang nya sangat meluas dan boleh di katakan berhari² saya menggunakan skill dan ilmu yang ada untuk menyiapkan segala pekerjaan. Tetapi adakalahnya akan menjadi lebih remeh apabila ada orang yang selalu memandang serong terhadap kerjaya kami, dan tidak cuba untuk fahaminya.... Ramai yang kata kami ini makan gaji buta, kerjanya mengadap komputer siang malam, dan mcm Zombie dah.. kesian kan, tetapi nak buat macam mana, dah mulut manusia ini kita tidak dapat menututpnya...apa yang boleh buat pekak kan telinga dan teruskan berdoa agar mereka terima hidayah untuk berubah...hahaahah...Tetapi ada masa nya orang seperti saya/kami ini menjadi tempat rujuk bagi mereka yang memerlukan walaupun jawatan kecil tapi kadang-kadang terasa gah nya..hahaaha


                                 we came, we saw, we learn, we share, we use, to ours future

Kenapa Juruteknik Komputer ada masanya perlu menjadi seperti Cikgu IT?


Komputer untuk sesetengah orang adalah sesuatu yang amat rumit dan kompleks. Tolak tepi soal membaiki dan kerja-kerja penyelenggaraan, cara menggunakan komputer sahaja sudah memeningkan kepala kebanyakan pengguna yang jarang menggunakannya.

Untuk itu, orang-orang IT seperti individu yang menjawat sebagai Juruteknik Komputer seringkali menjadi tempat rujukan dan penyelesai masalah jika berlaku sebarang masalah berkaitan komputer. Ada kalanya masalah itu bukanlah masalah besar yang memerlukan penyelesaian pakar. Namun, ia tetap boleh mendatangkan panik kepada pengguna yang canggung menggunakan peralatan ICT.
Atas sebab ini, pada kebanyakan masa staf IT seperti Juruteknik Komputer, telah bertindak seperti seorang guru yang mengajar pengguna melakukan tugas-tugas pada komputer dengan cara yang betul. Walaupun hal ini nampak kecil, bagi jangka masa panjang, ia dapat memanfaatkan kedua-dua belah pihak. Selain dapat menyampaikan ilmu kepada pengguna, beban kerja staf-staf IT dapat dikurangkan apabila pengguna sudah tahu serba sedikit tentang permasalahan remeh yang dihadapi.
Masalah-masalah remeh yang timbul ini bukanlah atas salah mana-mana pihak pun. Ia berlaku kerana sifat azali komputer itu yang sememangnya rumit. Komputer seperti apa yang kita perolehi sekarang ini telah pun mengalami perubahan besar-besaran, baik dari segi teknologi mahupun kumpulan sasar para penggunanya. Para pembangun perkakasan dan perisian komputer sejak beberapa dekad kebelakangan ini cuba menjadikan komputer lebih mesra pengguna.
Usaha ini pernah dilakukan oleh Microsoft melalui percubaan-percubaan yang gagal seperti Windows 8 dan yang terbaru, sistem operasi Windows 10. Tetapi, bila mana pihak pengeluar cuba menjadikan komputer lebih mesra pengguna, ia secara tidak langsung telah mencetuskan kemarahan dikalangan pengguna mahir kerana ia telah mengakibatkan potensi keseluruhan sistem komputer berkenaan telah disekat. Manakan tidak, komputer jenis yang sama ini disasarkan kepada dua kumpulan pengguna berlainanan, golongan makcik-makcik dan juga golongan SuperNerd Level 67. Ia kelihatan sungguh tidak masuk akal, namun itulah yang sedang berlaku di dalam pasaran ICT sekarang ini.
Apa yang boleh dilakukan oleh kita sebagai kakitangan IT adalah mempermudahkan pengguna menggunakan komputer untuk membantu menyelesaikan tugasan-tugasan. Lagipun, bukan semua orang suka mengambil kesempatan terhadap staf-staf IT terutamanya yang dikalangan Juruteknik Komputer. Ada ramai lagi pengguna yang benar-benar ikhlas ingin meminta pertolongan.
Jika anda mendapati ada sesetengah pengguna yang memang sengaja mengambil kesempatan untuk mengenakan, mungkin anda boleh cuba mengenakan bayaran-bayaran tambahan tertentu atas khidmat-khidmat teknikal IT yang pengguna tersebut ‘perlukan’. <<<<<--- credit to blogger anakaskarpencen... sebab bertungkus lumus menaip luahan rasa hati yg sekian lama terbuku...hahhaha
tapi bagi saya, untuk mengenakan bayaran itu... ikutlah keadaan..kalau masalahnya tidak makan masa berhari²³ dan berjam jam tercongok  mengadap.. lebih baik kita halalkan aja...kalau dah lebih 24 jam tu... baik ada cas..sebab dah curah semua keringat untuk menyiapkan tugasan hakiki..hahaahah
okay see yaa
                     

Mulakan Hari Dengan Senyuman

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Apa khabar kepada semua pembaca dan pengunjung di blog saya...
berharap anda semua sehat dan baik selalu..

Walaupun pada minggu ini sudah mula hujan membasahi bumi,
tetapi jangan lah kurang kan aktiviti sebab kita masih lagi boleh buat aktiviti "Indoor".

Syukur ke hadrat Ilahi (Allah S.W.T), dengan limpah kurnia nya, akhirnya Malaysia sudah kurang berjerebu (ada sikit²³ lagi aja). Dan terima kasih juga kepada semua petugas-petugas yang bertukus lumus di negara jiran kita yang membanting tulang 4 kerat mereka dalam membasmi masalah jerebu.
Marilah kita bersama² berdoa agar keadaan di negara kita yang terCinta ini pulih seperti sedia kala.

To Non Muslim Reader

Let's pray to our's God & meditate hope Malaysia will return to normal state.


p/s > Alangkah indah nya sekiranya hari ini adalah hari yang Bahagia...
         see ya......

You Came from

cookieless tracking

Archive

------------|M y F o l l o w e r s|----------------

Powered by Blogger.

Useful link