Tips mengubati Hati putus cinta


Melupakan kekasih lama tidaklah semudah menghantar folder ke Recycle Bin delete begitu sahaja. Hubungan kasih sayang cinta mesra sewaktu ketika dahulu sukar untuk dilupakan terutama bagi kaum wanita. Cinta yang berkualiti dari lelaki memang susah nak dapat sama dengan yang baru dan perasaan terkenang-kenang dan merindu pedih dalam hati sering membuat diri kita tanpa sedar menggugur air mata. Berapa kerasnya hati kita, betapa brutalnya jiwa kita untuk menahan sebak jiwang rasa ia memerlukan ketahanan jiwa untuk sembuh secepat mungkin..Ah lupakan yang lama bina yang baru tak semudah dikata, jujurnya secebis perasaan sayang tentu ada.

Baiklah bagaimana agaknya kita mahu melupakan kekasih lama, bekas suami, bekas isteri, bekas tunang atau bekas kawan baik yang dulu kita cukup sayang..?

1. Menghapus kenangan bersama si dia
Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata. Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggaman kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.

2. Jangan menyeksa diri
Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.

3. Si dia punya pengganti
Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.

4. Berhenti membandingkan
Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai, bentuk fizikal, saiz yang besar pada bekas suami, atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan. Itu cuma mainan perasaan.

5. Kehidupan berbeza
Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan. Bagaimana kita dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.

6. Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya
Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya. Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.

7. Rakan dan keluarga pendengar setia
Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan dan belah keluarga rapat yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.

8. Cipta fantasi
Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang lagi bagus dari kekasih lama. Selalulah berfikir positif.


Kalau Keputusan ku lah kan dalam hal ini..tips kat atas nie hanya suku jer boleh pakai ^_^......

kenapa aku kata mcm tu,,, hak hak hak......
sebab tak semua yg kita search atau baca dari posting orang tak semestinya semua itu boleh mengubati jiwa kita sendiri...

tips dari aku...

1. siapakah diriku..

tanya diri sendiri...siapakah aku....why me.....who i am...

dan kenapa semua ini harus ku tempuh sedang kan aku tgk yg lain biasa jer...

siapakah aku pada pandangan masyarakat..

pada pandangan sekeliling
pada pandangan semua

tanya lagi pada diri....

kenapa perlu aku rasa begini sedang semua ini telah terjadi..

adakah ianya dapat mengubah kembali ke masa lampau,,,

adakah aku ada kuasa super Power yg dapat memutarkan masa balik ke zaman asal

seperti lagu AXL - andai dapat ku undur masa

bertanya kan pada diri haruslah ku letakkan nombor 1 sekali


2. pernah kah aku menghargai...

dalah relation atau apa sahaja lah kan..

pernah tak diri sendiri ..aku atau pown saper saper lah kan

menghargai apa yg ada di depan mata...

pernah tak dgr orang kata..... walaupun hanya sekecil kuman pown

kalau kita tak hargai..maka sia sia lah maknanya...

penerangan untuk ayat kat atas tu....

*pernah tak kita berucap terima kasih atas sekecil zarah pemberian oleh sesiapa aja...
seperti = si dia

ibu bapa

peminat setia

pecinta tegar < mcm aku nie>> ahahhah

semua yg pernah menyenangkan kita.....

pernah tak kita terlintas untuk senyum kembali..
adakah kita pernah...
bagi aku memang perlu kita ada sikap menghargai..

dan seharusnya di amatinya..

kerna ianya akan menjadi ubat yg paling mujarab dalam menyembuhkan luka apa jua keadaan

^_^

3. yg nie paling basic sekali..

masa kita bahagia..
pernah tak kita solat
atau berkata "Alhamdulillah"

di atas pemberian ini..

pernah tak terlintas di dalam hati kita....

untuk ingat nya walaupun sesaat sahaja...

ibu bapa ku sering pesan dari kecik sampai besaq aku nie ha

dah sakit jugak telinga asyik di bebel jer..

tapi bagus juga..

thank to my parent for the reminder..i always love you forever..

solat is the best cure for the broken one...

what ever we have a problem..we solve in solat..

sure it will be working it...

4. think< pemikiran>

ingat tak kita..masa kita ngada2 gedik2 gitu...

kita ada akal.... jd gunakanlah akal kita yg bergeliga ini untuk membahagi kan paras kegedikan

kenakalan dan kemanjaan kita nie di level mana..

sebab semua insan berbeza..yg aku tak paham jer..bila clash...owang pompuan kata.."lelaki semua sama" owang lelaki kata " ahhh pompuan semua sama"
haaaaa..... aku tak ngata orang tapi sapa yg terasa maaf ya..sebab ini umum ^_^

allah s.w.t beri kan kita akal untuk berfikiran dan mengontrol pemikiran kita...

jadi gunakan lah akal kita se elok2nya..

5.nature..

hargailah alam..kerna ianya akan menghargai anda

dengan sepenuh jiwa...

ini tips tips aku :)) ahahhah
kalau korang nak cuba cuba lah

ahahhaahhahahha


0 comments:

Post a Comment

You Came from

cookieless tracking

Archive

------------|M y F o l l o w e r s|----------------

Powered by Blogger.

Useful link